Jan 28, 2008

DiGi mempersembahkan sebuah filem fantasi romantik komedi terbitan KRU Films Sdn Bhd dan Grand Brilliance Sdn Bhd dengan kerjasama Line Clear Motion Pictures berjudul Duyung yang bakal menggegarkan pawagam seluruh negara pada awal 2008.

Selepas kejayaan yang dikecapi melalui filem Cicakman, KRU Films sekali lagi menonjolkan kemahiran mereka dalam penerbitan filem menggunakan teknologi digital dan kesan khas melalui filem kedua terbitan mereka ini. Duyung menampilkan lebih 200 shot CGI (Computer Generate Imagery) dengan adunan bunyi Digital Dolby Surround untuk memastikan filem ini bukan saja menghiburkan bagi tontonan seisi keluarga dan pelbagai lapisan masyarakat tetapi juga mantap dari sudut teknikal.

Filem dibawah arahan Professor Razak Mohaideen ini menyingkap tentang kehidupan seorang pencinta alam dan hidupan liar bernama Jimmy (lakonan Saiful Apek) di sebuah perkampungan nelayan di Kepulauan Sipadan, Sabah yang terpinggir dari pembangunan dan masyarakat luar. Jimmy berperwatakan ganjil dan tidak mempunyai kawan dikampungnya. Kehidupan sehariannya adalah hanya untuk mengutip sampah dan menjaga kebersihan kampung bertemankan Orix (lakonan Yasin Senario), satu spesis “apeman-big foot” yang ditemui oleh Jimmy sewaktu kecil di tepi pantai. Sebab utama Jimmy sangat mementingkan kebersihan dan keindahan alam adalah kerana dia mempercayai cerita mitos ibunya tentang kewujudan Duyung (lakonan Maya Karin) yang hanya akan muncul jika kawasan perkampungannya berada dalam keadaan yang bersih. Jimmy juga menaruh hati kepada anak ketua kampung bernama Aspalela (lakonan Yasmin Hani) walaupun mendapat tentangan dari bapa Aspalela.

Disamping itu juga, penduduk kampung khususnya jaguh nelayan yang dihormati bernama Kordi (lakonan Awie) sering mentertawakan pekerjaan “pengutip sampah” dan angan-angan Jimmy untuk bertemu Duyung serta mengahwini Aspalela. Menambahkan lagi masalah Jimmy, Kordi juga berhasrat mengahwini Aspalela.

Walaubagaimanapun, kehadiran Duyung di kampung nelayan tersebut bakal mengubah segala-galanya dan memberi pengajaran kepada semua untuk menjaga alam sekitar dan hidupan liar.

Duyung juga turut menampilkan barisan pelakon handalan seperti Rosnah Mat Aris, Hafidzuddin Fazli dan Abu Bakar Omar. Penggambaran yang mengambil masa 25 hari ini menjadikan Pulau Sipadan, Semporna Sabah sebagai lokasi utama. Pihak penerbit ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Y.B. Datuk Hj. Mohd. Shafie bin Hj. Apdal – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang juga merupakan Ahli Parlimen Kawasan Semporna, Sabah diatas kerjasama semasa penggambaran. Pihak penerbit mengambil masa 5 bulan untuk proses pasca produksi termasuk suntingan, kesan khas, CGI serta adunan.

Filem Duyung merupakan kerjasama kedua diantara DiGi Telecommunications dan KRU Films. Menurut Mohd Faisal Bin Abd Shukor dari DiGi, "Pihak kami berasa bangga kerana sekali lagi mempersembahkan sebuah filem cereka yang unik, berkualiti dan menghiburkan berjudul "Duyung". Ini menonjolkan komitmen kami dalam membantu pembangunan industri filem tempatan sekaligus mendekatkan kami dengan para pelanggan kami. Kerjasama ini menjadi lebih istimewa khususnya bagi pelanggan DiGi yang berpeluang untuk mendapatkan pelbagai tawaran istimewa seperti pas Tayangan Perdana, sessi bertemu para artis, cenderahati, perisian bahan telefon mudah-alih eksklusif dan banyak lagi."

Selain dari filem, Duyung turut menampilkan album runut dengan lagu-lagu seperti “Aspalela” nyanyian Saiful Apek, “Hampir Ke Situ” nyanyian Mendua, “Yahoo” nyanyian beramai-ramai serta banyak lagi. Album runut serta novel Duyung akan berada dipasaran mulai Disember 2007. Untuk maklumat lanjut mengenai Duyung dari masa ke semasa, sila layari www.duyung.net atau www.kru.com.my

my sweet escape @ 8:32 PM


KRU SINGAPORE
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
KRU Singapore has been established since January 2006. Business involves
1)Film & CD Distribution
2)Publication
3)Talent Management
4)Exclusive Agent Booking for Artistes

THE LINKS

KRU
Adam
Imran Ajmain
Aliff Aziz
Hady Mirza
Taufik Batisah
Merbuk Platoon

MOVIE LINKS

CicakMan
Duyung

JUKEBOX




SHOUT OUT



PREVIOUS POST
Buronan Cinta Number 5!
SLEEQ & THE LIMA is gonna rock RUUMS LIVE CENTER!!...
Buronan Cinta
For those who missed the event, here's the clips c...
CicakMan Comic Launch 29thJune
KRU GOES HOLLYWOOD
Look out for this!!Cicakman Comic Issue 2 will be ...
CICAKMAN Comic in stores now!!!Grab your copies of...
The Lima in Singapore Day 3
The Lima in Singapore Day 2


HISTORY
March 2007
May 2007
August 2007
October 2007
January 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008


It's all about glory.
Designer/Layout Phyllis
Brushes 1 2
Image host Imageshack