my sweet escape @ 11:40 AM
my sweet escape @ 5:53 PM
TIGA anak muda dari Bandung, Indonesia Bony Adam (Bony), Taurani Rahadian (Taura) dan Arif Topan Sanjaya (Arif) yang menggelarkan diri mereka sebagai The Lima ini dikira cukup bertuah.
Bukan sahaja menyandang gelaran juara musim pertama rancangan realiti popular terbitan TV3, Gangstarz, bahkan mereka juga berpayung di bawah KRU Music Group.
Kini, mereka lahir dengan album penuh yang juga berjudulkan nama kumpulan mereka sendiri iaitu The Lima sebagai pengenalan kepada peminat yang masih belum mengenali mereka.
Jika diteliti dengan betul mereka tidak ubah seperti kelahiran semula trio KRU. Anggota juga berjumlah tiga orang, lagu-lagu yang menjadi pilihan juga tidak kurang bezanya.
Jadi mungkinkah mereka merupakan kelahiran semula KRU versi Indonesia kerana khabarnya album mereka juga bakal di pasarkan di negara asal mereka tidak lama lagi.
"Kami berbangga kerana diberi tunjuk ajar oleh KRU sendiri, jika mahu katakan kami merupakan KRU versi Indonesia, itu tidak wajar kerana The Lima dan KRU punyai perbezaan yang besar.
"Mungkin kerana kami bernaung di bawah KRU, itu yang menyebabkan orang membandingkan kami dengan KRU, sedangkan mereka merupakan bos kami sekarang (ketawa)," ujar Bony lagi.
Tambah Taura, sungguhpun begitu, The Lima punyai keazaman untuk memiliki empayar perniagaan seperti KRU.
"Bukan mahu meniru, kami suka menjadikan mereka contoh kami kerana mereka terlebih dahulu menjalani kehidupan sebagai artis dan juga punyai perniagaan yang bagus seperti ini, siapa yang tidak mahu menjadi seperti mereka.
"Tetapi untuk ke arah itu, usaha keras diperlukan dan kami juga harus mendapat tunjuk ajar daripada mereka semua bagaimana mahu berjaya seperti itu," ujar Taura lagi.
Rezeki di Malaysia
Kumpulan yang menandatangani kontrak selama satu tahun bersama KRU ini sebenarnya selesa ketika berada di negara ini, apatah lagi Malaysia kini umpama rumah kedua mereka, malah tempat mereka mencari makan.
Kata mereka, suasana serta budaya yang mirip dengan negara asal mereka antara penyebab utama mereka dengan senang hati bekerja di sini.
Dan mereka juga tidak menolak untuk berhijrah ke Malaysia jika rezeki di sini lebih baik daripada Indonesia.
"Jika album pertama kami mendapat sambutan yang menggalakkan kami tidak akan berfikir panjang untuk berada lebih lama di sini.
"Sebenarnya kami juga ingin berjaya di kedua negara, tetapi sekarang ini zaman kumpulan padu suara seperti kami agak kurang sambutannya berbanding dengan band-band rock di Indonesia.
"Jadi kami hanya berserah pada peminat muzik di sana, jika kata kami tidak berjaya, apa salahnya untuk terus berada di sini (Malaysia)," tutur Arif.
Apa masalahnya?
Beralih pula tentang muzik bawaan mereka, ada ketikanya ia terlalu mirip dengan lagu-lagu yang pernah di dengar sebelum ini.
Mana tidaknya, penerbit album mereka Edry Abdul Halim, mengatakan muzik yang dibawakan The Lima merupakan muzik dance yang rancak dan sudah pasti ia punyai rentak yang lebih kurang sama dengan lagu dance yang lain.
"Mungkin ia kedengaran sama seperti lagu ciptaan saya yang lain, tetapi bagi saya setiap komposer mereka ada identiti lagu masing-masing.
"Seperti lagu saya, orang dengar sudah tahu itu lagu ciptaan saya, sama juga dengan komposer yang lain, kerana masing-masing punyai stail lagu yang tersendiri dan tidak sama seperti orang lain.
"Dan kebetulan The Lima bernaung di bawah KRU, konsep album mereka juga lebih kurang sama dengan apa yang pernah saya buat sebelum ini, mungkin itu yang menyebabkan orang berfikiran seperti itu," jelas Edry yang menyifatkan The Lima antara kumpulan vokal yang cukup berbakat.
Kenyataan itu juga ditolak oleh The Lima yang mengatakan, tidak ada salahnya kedengaran sama kerana mereka punyai cara penyampaian yang tersendiri.
"Kami tidak nampak apa masalahnya di situ, apa yang penting bagi kami adalah orang ramai akan terhibur ketika mendengar lagu The Lima itu sahaja," ujar Bony lagi.
Kisah Kau Ada Dia
Biarpun mereka sudah popular menerusi single pertama mereka yang berjudul Separuh Masa, kini mereka bakal meluncurkan pula single kedua yang berjudul Kau Ada Dia yang juga merupakan lagu runut bunyi untuk filem Sepi.
Malah, album yang dirakam selama dua minggu di Bandung itu, mendapat kerjasama pengarah vokal terkenal Indonesia iaitu Irvan Natidingrat yang pernah memberi tunjuk ajar kepada Acha Septriasa serta tiga diva, Kris Dayanti, Titi DJ dan Ruth Sahanaya.
"Sengaja kami gunakan khidmat Irvan untuk tiga buah lagu agar dapat tampilkan kelainan dari segi vokal," kata mereka yang bakal pulang ke Indonesia pada 30 Mei ini.
Album yang telah pun berada di pasaran pada 30 April lalu, kini dalam proses promosi di seluruh negara.
Mereka juga telah merakamkan dua buah klip video buat tatapan peminat dan bakal muncul dengan klip video terbaru menerusi single ketiga mereka yang berjudul Buronan Cinta.
Bercinta dengan orang Malaysia?
Berlanjutan bercerita mengenai hal peribadi masing-masing, Bony sambil tersenyum simpul mengatakan: "Kekasih saya juga berada di sini, jadi sudah pasti saya berasa senang jika berada di Malaysia, mudah untuk bertemu (ketawa).
"Tetapi kekasih saya itu orang Indonesia juga ya, bukan orang Malaysia, dia pernah menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan sekarang ini sedang bekerja di sini." tutur Bony tanpa sembunyi lagi.
Jelas Bony yang sudah pun mencecah usia 27 tahun, dia merancang untuk menamatkan zaman bujangnya dalam tempoh tiga tahun lagi kerana mahu serius dengan kerjaya terlebih dahulu.
Berlainan pula dengan dua lagi sahabatnya Taura dan Arif, kerana kedua-dua mereka masih solo. Mana tidaknya Taura baru sahaja putus cinta tiga minggu yang lalu.
Manakala Arif pula, tidak punyai teman yang istimewa tetapi hanya teman rapat sahaja.
"Saya belum ada yang istimewa lagi, cuma berkawan rapat sahaja, sekarang sibuk dengan nyanyian serta kuliah yang sudah masuk tahun yang keempat" ujar Arif yang merupakan penuntut Universiti Pendidikan Indonesia.
my sweet escape @ 9:06 PM
LANCAR: Anggota The Lima, Arif, Taura, dan Edry bekerjasama menghasilkan album sulung. |
MOMEN indah menjuarai pertandingan Gang Starz musim pertama tahun lalu, pasti dikenang selalu oleh trio kumpulan, The Lima yang dianggotai Bony, Taura dan Arif. Rezeki berterusan setelah bernaung di bawah syarikat rakaman KRU memberi tuah buat mereka dengan munculnya album sulung dengan menggunakan judul nama kumpulan mereka sendiri.
Melihat perkembangan The Lima ia memberi satu imbasan jelmaan kepada kumpulan KRU sendiri yang dianggotai Edry, Norman dan Yusry. Mereka senang sekali dikatakan jelmaan kepada KRU kerana bukan saja hadir dengan imej trio sebaliknya mereka ingin berjaya melebarkan empayar seni seperti yang telah dilakukan KRU sejak bertahun lalu. Kerjasama KRU dan The Lima disifatkan mereka sebagai satu paduan yang luar biasa dan dibuktikan melalui kreativiti penghasilan album ini.
“Kami sendiri tidak kisah dikatakan sebagai jelmaan KRU. Bukan niat kami membayangi mereka, tetapi kami melihat semuanya daripada sudut positif. Kami ingin berjaya seperti mereka yang telah mampu mengendalikan dan melebarkan empayar seni dengan jayanya. Ia satu motivasi buat diri kami agar tidak mudah melatah dalam apa jua rencana yang ingin dilakukan setiap masa.
“Alhamdulillah, kami senang sekali dapat menghasilkan album ini disertakan dengan doa dan usaha yang jitu. Bekerjasama dengan KRU juga satu kenangan yang luar biasa, mereka tidak membataskan kreativiti kami sebaliknya kami sentiasa diberi kebebasan untuk berkarya,” kata Bony mewakili temannya.
Hakikatnya, The Lima belum menempa populariti lagi di tanah kelahiran sendiri, mereka positif untuk menjadikan album sulung sebagai tapak menguji pasaran di sana. Album itu dijangka dipasarkan di Indonesia pada suku ketiga tahun ini dengan pembabitan Universal Music.
Ditanya mengenau kemunculan Gang Starz musim terbaru, akui mereka musim ini persaingan lebih hebat apatah lagi membabitkan lima negara, Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina dan Thailand.
“Kami menonton episod pertama Gang Starz terbaru. Ia lebih ‘gempak’ kerana membabitkan lima negara sekali gus dan persaingan menjadi bertambah sengit. Setiap peserta yang ditampilkan sangat bagus sekali. Kami beruntung berada di Gang Starz pertama. Tak dapat bayangkan kalau kami baru bersaing di Gang Starz terbaru. Mungkin juga peluang kami untuk menang sangat tipis,” usik Arif.
Album The Lima menjadi album kedua yang diterbitkan KRU tahun ini selepas penghasilan album runut bunyi filem Duyung yang dipasarkan Mac lalu.
Jelas Edry Abdul Halim mewakili adik-beradiknya, mereka yakin kemunculan album The Lima bakal menghangatkan suasana industri muzik tempatan.
“Selepas ini akan muncul lagi beberapa album terbitan KRU. Diharap kemunculan album The Lima akan merancakkan lagi pasaran album negara kita yang tidak semeriah dulu. Mengikut perancangan album The Lima sepatutnya dilancarkan lebih awal namun atas beberapa perkara seperti promosi album runut bunyi Duyung, sehinggalah hari ini baru ia dilancarkan.
“Album mereka dirakamkan di Level Studio Bandung pada September tahun lalu dan siap sepenuhnya hanya dengan 10 hari bekerja pada bulan Oktober. Proses rakaman berjalan tanpa masalah dan selesai proses pembikinan, mereka mengerjakan umrah di tanah suci,” kata Edry.
FAKTA
The Lima
my sweet escape @ 11:25 AM
my sweet escape @ 7:46 PM
my sweet escape @ 7:33 PM
my sweet escape @ 1:04 AM
my sweet escape @ 3:13 AM
SHOUT OUT
PREVIOUS POST
Buronan Cinta Number 5!
SLEEQ & THE LIMA is gonna rock RUUMS LIVE CENTER!!...
Buronan Cinta
For those who missed the event, here's the clips c...
CicakMan Comic Launch 29thJune
KRU GOES HOLLYWOOD
Look out for this!!Cicakman Comic Issue 2 will be ...
CICAKMAN Comic in stores now!!!Grab your copies of...
The Lima in Singapore Day 3
The Lima in Singapore Day 2
HISTORY
March 2007
May 2007
August 2007
October 2007
January 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
It's all about glory.
Designer/Layout Phyllis
Brushes 1 2
Image host Imageshack