LANCAR: Anggota The Lima, Arif, Taura, dan Edry bekerjasama menghasilkan album sulung. |
MOMEN indah menjuarai pertandingan Gang Starz musim pertama tahun lalu, pasti dikenang selalu oleh trio kumpulan, The Lima yang dianggotai Bony, Taura dan Arif. Rezeki berterusan setelah bernaung di bawah syarikat rakaman KRU memberi tuah buat mereka dengan munculnya album sulung dengan menggunakan judul nama kumpulan mereka sendiri.
Melihat perkembangan The Lima ia memberi satu imbasan jelmaan kepada kumpulan KRU sendiri yang dianggotai Edry, Norman dan Yusry. Mereka senang sekali dikatakan jelmaan kepada KRU kerana bukan saja hadir dengan imej trio sebaliknya mereka ingin berjaya melebarkan empayar seni seperti yang telah dilakukan KRU sejak bertahun lalu. Kerjasama KRU dan The Lima disifatkan mereka sebagai satu paduan yang luar biasa dan dibuktikan melalui kreativiti penghasilan album ini.
“Kami sendiri tidak kisah dikatakan sebagai jelmaan KRU. Bukan niat kami membayangi mereka, tetapi kami melihat semuanya daripada sudut positif. Kami ingin berjaya seperti mereka yang telah mampu mengendalikan dan melebarkan empayar seni dengan jayanya. Ia satu motivasi buat diri kami agar tidak mudah melatah dalam apa jua rencana yang ingin dilakukan setiap masa.
“Alhamdulillah, kami senang sekali dapat menghasilkan album ini disertakan dengan doa dan usaha yang jitu. Bekerjasama dengan KRU juga satu kenangan yang luar biasa, mereka tidak membataskan kreativiti kami sebaliknya kami sentiasa diberi kebebasan untuk berkarya,” kata Bony mewakili temannya.
Hakikatnya, The Lima belum menempa populariti lagi di tanah kelahiran sendiri, mereka positif untuk menjadikan album sulung sebagai tapak menguji pasaran di sana. Album itu dijangka dipasarkan di Indonesia pada suku ketiga tahun ini dengan pembabitan Universal Music.
Ditanya mengenau kemunculan Gang Starz musim terbaru, akui mereka musim ini persaingan lebih hebat apatah lagi membabitkan lima negara, Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina dan Thailand.
“Kami menonton episod pertama Gang Starz terbaru. Ia lebih ‘gempak’ kerana membabitkan lima negara sekali gus dan persaingan menjadi bertambah sengit. Setiap peserta yang ditampilkan sangat bagus sekali. Kami beruntung berada di Gang Starz pertama. Tak dapat bayangkan kalau kami baru bersaing di Gang Starz terbaru. Mungkin juga peluang kami untuk menang sangat tipis,” usik Arif.
Album The Lima menjadi album kedua yang diterbitkan KRU tahun ini selepas penghasilan album runut bunyi filem Duyung yang dipasarkan Mac lalu.
Jelas Edry Abdul Halim mewakili adik-beradiknya, mereka yakin kemunculan album The Lima bakal menghangatkan suasana industri muzik tempatan.
“Selepas ini akan muncul lagi beberapa album terbitan KRU. Diharap kemunculan album The Lima akan merancakkan lagi pasaran album negara kita yang tidak semeriah dulu. Mengikut perancangan album The Lima sepatutnya dilancarkan lebih awal namun atas beberapa perkara seperti promosi album runut bunyi Duyung, sehinggalah hari ini baru ia dilancarkan.
“Album mereka dirakamkan di Level Studio Bandung pada September tahun lalu dan siap sepenuhnya hanya dengan 10 hari bekerja pada bulan Oktober. Proses rakaman berjalan tanpa masalah dan selesai proses pembikinan, mereka mengerjakan umrah di tanah suci,” kata Edry.
FAKTA
The Lima
my sweet escape @ 11:25 AM
SHOUT OUT
PREVIOUS POST
the lima @ APM
the lima
duyung day 2
HANG IN THERE...PICTURES FOR THE SECOND DAY OF DUY...
duyung day 1
Hey people...We at KRU Singapore are collating pic...
Thank You!
DUYUNG Meledak di Singapura!!! 3rd April 2008
Congrats Adam!!
KRU MERCHANDISE ON SALE!!!!
HISTORY
March 2007
May 2007
August 2007
October 2007
January 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008
It's all about glory.
Designer/Layout Phyllis
Brushes 1 2
Image host Imageshack