Aug 28, 2007



Cicak-Man 2 import watak jahat dari Indonesia

Oleh ABD. AZIZ ITAR

BAGI memeriahkan lagi barisan pelakon Cicak-Man 2, pengarah filem itu, Yusry Abdul Halim turut menjemput pelakon terkenal dari Indonesia, Tamara Blaszenky berlakon dalam filem tersebut.

Peranan pelakon berasal dari Bandung itu cukup penting kerana beliau akan melakonkan watak jahat bernama Rrama.

Menurut Yusry, dia tertarik dengan kredibiliti dan kesesuaian Tamara bagi melakonkan watak yang bakal menjadi perhatian ramai itu.

“Tamara bukan sahaja sedang popular di Indonesia tetapi dia juga mempunyai banyak pengalaman berlakon drama dan filem di Indonesia.

“Daripada raut wajah dan susuk tubuhnya saya dapati dia amat sesuai untuk melakonkan watak Rrama,” katanya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan Tamara di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jelas Yusry, dia berharap para penonton bukan sahaja di Malaysia tetapi di Indonesia dapat menerima kemunculan Tamara menerusi filem arahannya itu.

“Penampilan Tamara sebagai salah satu strategi untuk menarik perhatian para penonton di Indonesia. Ini kerana, kami merancang untuk menayangkan Cicak-Man 2 di Indonesia,” ujarnya.

Dalam pada itu, Yusry menafikan bekas isterinya, Erra Fazira akan diserapkan sebagai pelakon utama dalam Cicak-Man 2.

Tambahnya, KRU Films memang ada menawarkan Erra berlakon dalam filem itu tetapi aktres itu menolaknya kerana terikat dengan komitmen lain.

Selain Tamara, Cicak-Man 2 akan dibintangi oleh Fasha Sandha yang akan melakonkan watak Tania, Aznil Nawawi (Profesor Klon), AC Mizal dan Adlin Aman Ramlie (Ginger Ghost), Sharifah Amani (Iman) dan Louisa Chong (Miss Cheef).

Cicak-Man 2 yang akan diedarkan oleh Grand Brilliance Sdn. Bhd., bakal memulakan penggambarannya mulai 27 Oktober hingga 3 Disember ini.

Sinopsis Cicak-Man 2

Cicak-Man 2 mengisahkan tentang kekecohan yang berlaku di Metrofulus apabila kota itu dilanda pencemaran air yang teruk.

Pencemaran itu dikatakan berpunca daripada sistem kawalan bekalan air mentah yang dicipta oleh Profesor Klon.

Kemunculan pembunuh upahan, Rrama menambah masalah sedia ada apabila dia bertindak menghapuskan semua musuh-musuh Profesor Klon termasuklah Cicak-Man.

Pada masa yang sama, Ginger Ghosts pula kembali untuk membalas dendam atas kematian mereka.

my sweet escape @ 7:11 PM


KRU SINGAPORE
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
KRU Singapore has been established since January 2006. Business involves
1)Film & CD Distribution
2)Publication
3)Talent Management
4)Exclusive Agent Booking for Artistes

THE LINKS

KRU
Adam
Imran Ajmain
Aliff Aziz
Hady Mirza
Taufik Batisah
Merbuk Platoon

MOVIE LINKS

CicakMan
Duyung

JUKEBOX




SHOUT OUT



PREVIOUS POST
Adam 2 is out in stores now!!Track Listings1) Joge...
Mukhsin in Singapore
test2


HISTORY
March 2007
May 2007
August 2007
October 2007
January 2008
March 2008
April 2008
May 2008
June 2008
July 2008


It's all about glory.
Designer/Layout Phyllis
Brushes 1 2
Image host Imageshack